Selamat Datang Ke Blog Cikgu Lat

Saturday, 27 April 2013


CIKGU LAT

KATA BILANGAN

A.      Gariskan jawapan yang betul.

1.       Encik Razif bangga kerana (dua, dua-dua, kedua-dua) orang anaknya melanjutkan pelajaran ke universiti.

2.       Encik Zaidi mengambil cuti (setengah, sesetengah, setiap) hari kerana anaknya sakit.


3.       (Ribuan, Beribu-ribu, Beribu) penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan konsert itu.

4.       (Semua, Setiap, Setengah) hari, ayah menghantar adik ke sekolah.


5.       Cikgu displin telah mendenda (semua, sesetengah, beberapa) orang murid yang datang lewat.

6.       Imran mendapat tempat (tiga, ketiga, bertiga) dalam pertandingan kuiz sejarah itu.


7.       Sudah (separuh, setengah, sesetengah) jam Nadia menunggu bas di situ.

No comments:

Post a Comment